Jumaat, 21 September 2012

Kehidupan Baru

Assalamualaikum....
        Sejak 8 bulan yang lalu, saya berpindah ke sini atas sebab ingin bersama yang tersayang, selepas 2 tahun berjauhan he3. Dan sejak itu, kehidupan saya berubah. Hidup lebih gembira dengan tempat kerja baru, kawan2 dan masyarakat yang berbagai ragam =). Pendek kata, hidup saya lebih bahagia, tapi kadang-kadang rindu kat ma n ayah di kampung huhu. Takpe, sebulan sekali saya balik untuk melepaskan rindu.
        Tak dinafikan 6 bulan pertama tinggal di sini memang adalah masa penyesuaian diri dengan suami, tempat tinggal dan tempat kerja. Maklumlah semuanya baru bagi saya. Tapi selepas 6 bulan, semuanyamenjadi lebih mudah dan menggembirakan. Semuanya bermula apabila saya membeli bunga untuk dijadikan hobi. Bunga ros yang saya beli di Giant untuk dipelihara dan disiram selalu. Punye lah saya jaga dengan penuh kasih sayang...ceewah! he3 orang kata kene bercakap-cakap dengan bunga supaya sihat dan cantik. Saya pon praktis la sket2 apa yang kawan-kawan suggest, tapi macam kelakar je ha3. Tau saya buat macam mana, hahahaha saya cakap juga dengan bunga tapi sekali dengan suami, maksudnya, saya bercakap dengan suami tapi paling kat bunga...hahahaha dua dalam satu. Suami tak tau saya praktis untuk menyihatkan bunga. Kalau dia tau dia akan nyakat saya hehehehe.
        K lah, stop kat sini dulu. Nanti saya sambung lagi.... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan