Pastu, lepas saya g la ke kedai ikan, sampai sane, saya pon terjumpa satu pasu yang memang sesuai letak ikan skaligus pokok dalam tu. Maka, saya pon beli lah satu lagi pasu untuk keselesaan ikan tersebut. Round2 kedai tu, saya pon beli 6 ekor ikan guppy dan 4 ekor ikan yang berwarna merah. Ikan merah tu adalah ikan kegemaran saya sekarang... Kat kedai, penjual ikan bagitaulah cara jaga ikan dan tukar air, bagus penjual ikan tu, dia terang dengan jelas. Sampai je di rumah, saya pon letak air dalam balang dan letak ikan...
Ha....macam nilah gayenye,, saya letak ikan 10 ekor dalam balang ni. Memang cepat keruh air, air ni saya baru je tukar sehari. Sebab terjadinya perkara ni adalah kerana tiada filter... Saya sempat letak ikan ni dalam masa 2 minggu, dan sepanjang 2 minggu itu, 2 ekor ikan guppy terkorban. Ada yang nampak stres... Ikan yang nak mati tu die dah tak berenang, tapi masih bernyawa, so saya asingkan, letak dalam balang panjang tu. Yg peliknya, die boleh berenang dengan gembira selepas diasing. Saya terfikir mungkin sempit tempat ni. Tapi last2 ikan tu mati, terapung. Yg sekor lagi ni pon buat hal macam tu, saya asingla die, die pon brenang dengan gembira. Pastu mase saya nak pindahkan balik, saya pegang la guna tangan, die buat2 pengsan serta merta. Pelik dan kelakar pon ada, saya tergelak sendiri, ada jugak macam ni...hehehehe, tapi yg ni pon last2 mati jgk.
Bile ngadu pada suami ikan dah mati, esok tu, dia kata, alang2 bela ikan, baik bela betul2, kita g beli akuarium... He3, berbunga hati masa tuh, walau masa tu saya tak sihat, tapi masih mampu tersenyum dan gumbira hahahaha. Saya dan suami pegilah ke kedai yg saya beli ikan ari tu... kami pon g lah beli akuarium dan aksesori dalaman. Suami dan saya berbincang nak pilih hiasan dalam akuarium tu... Maka kami balik dengan perasaan excited he3. Trus pasang akuarium tu... tambah filter, tambah hiasan, tambah air, tambah antiklorin (biar 3 minit) last2 tambah ikan. Maka, terhasillah:
Ten ten ten... ini lah akuarium kami seadanya... Masa g beli akuarium tuh, kami beli pulak ikan merah 2 ekor, ganti ikan merah yang suami hilangkan mase tukar air. Ikan tu melompat nakal dia kata, terus masuk ke dalam sinki. Selepas seminggu, dia nak cari balik ikan tu dalam takung sinki taku2 idup lagi. Ha, sah2 mati walau ada air, dah saya basuh pinggan, kene minyak lagi...Sah2 mati. He3, tergelak jap dengar cadangan dia. Menggelikan hati. Pastu kami beli 4 ekor ikan ape ntah, tak nampak dalam ni, tapi mati sekor sebab sebelum kami letak dalam akuarium, kami letak dalam balang bulat kat atas, mati mabuk air agaknya haha.
Then kami beli ikan belang tu 2 ekor. Ikan belang ni unik tau, mula2 tak perasan lagi warna pada badan dia tu boleh berubah, tapi yg saya perasan tuh bila malam lepas bukak lampu sirip kat bawah dan atas warna hitam. Tapi pada keesokan harinya, warna siripnya kelabu cerah. Saya heran, tu yang saya perhati betul2, sah ikan tu mengadaptasi warna sirip mengikut persekitaran....
Sekarang suami dan saya dah betul2 jatuh hati dengan ikan2 dalam akuarium ni. Dia pulak pegi cari ikan guppy spesies kecil dalam alur belakang rumah kami. Jumpa banyak tapi dia bawak balik 6 ekor je. sangat kecil dan comel, die main kat pokok plastik yg kami beli tu... Pastu rakan2 pulak recommend ikan MPK atau ikan makan lumut dan kotoran yang ada dalam akuarium. So, kami beli lah sepasang yang paling kedai di kedai ikan itu. Tapi, selepas 2 hari selepas balik kerja ikan tu diserang kulat dan trus mati. Tinggallah ikan MPK sowang2... Cian dia... So, disebabkan sekor mati, suami beli ikan belon 2 ekor. Kami memang nak beli dah ari tu, tapi rasa crowded sgt dah akuarium tu, maka kami berbincang, tunggu ikan mati dululah hahaha (boleh pulak macam tu) so, ikan tu mati je petang tu, kami trus g beli malam tu. Suami sangat suka ikan belon tu dan berhasrat nak lepas semua ikan dalam akuarium ni ke dalam sungai, n bela ikan belon je hahahahahhaa gelak besar saya. Ikan merah kegemaran saya apa kabar? Saya sayang ikan tuh...
Sekarang ikan saya ada dalam 25 ekor dalam kuarium tuh, sungguh gembira diorang berenang dan aktif. Ikan ni, ada sifat dia masing2, ikan merah sgt aktif, bila saya pegi dekat dia berenang dengan laju, ikan belon terkedek2 slow je makanan lalu kat sebelah pon susah nak pusing ha3, ikan belang makan menyentap, ikan 3 ekor garang dan suka kacau orang, ikan guppy biasa je, tak extreme mcm ikan lain.... He3 itu saja untuk hari ni. Dalam perancangan nak g cari cengkerang d pantai nak letak dalam akuarium ni. tapi tunggu masa free, dl...