Hidup ni, kadang-kadang sukar untuk dilalui... Lebih-lebih lagi apabila apa yang diimpikan tidak berhasil setelah bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkannya.
Pernah pada suatu ketika dahulu, mase tu aku berumur kira-kira 20 tahun, aku terfikir, hidup aku ni mudah. Apa yang aku inginkan alhamdulillah semuanya berhasil dan berjaya. Dari segi pendidikan, apa yang aku belajar In Sya Allah, semuanya berjaya mendapat markah atau gred yang bagus.. Aku nak masuk sekolah apa, U apa, semua yg aku nak dapat. Aku mula terfikir, apakah cabaran yang bakal Allah turunkan kepada aku. Kerana selama ini, aku harungi dengan baik dan tiada yang buruk bagiku...
Sehinggalah aku berkahwin, pada tahun pertama perkahwinan aku ada rasa takut untuk melahirkan anak, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat diceritakan di sini. Masuk tahun kedua, aku mula inginkan anak, aku mula berusaha untuk mendapatkannya. Aku pergi ke hospital dan menjalani rawatan, walaupun pada masa itu, suamiku masih berada berjauhan dari aku. Aku tak kesah, aku tetap menjalani rawatan kerana nak kan anak mase tu.
Setahun berlalu, pada tahun ke tiga perkahwinan kami, aku dikejutkan dengan mendapat penempatan di temerloh. Aku langsung tak mendaftarkan diri di situ. Aku menangis, lalu suami merayu di kementerian supaya aku ditempatkan di daerah yang sama dengan suami. Kami turun naik jabatan mase tu Allah je yang tahu perasaan kami. Alhamdulillah setelah berusaha, aku ditempatkan di daerah yang sama dengan suami.
Dalam usaha mendapatkan anak, aku berusaha untuk memahami suamiku yang kali pertama kami tinggla sebumbung, agak sukar, tapi aku lalui dengan hati dan minda yang terbuka. Kami berusaha untuk mendapatkan anak, tapi tidak berhasil. Sehingga pada bulan 8 sekali lagi aku memujuk suami untuk mendapatkan rawatan di hospital. Nasib baik suami menyokong usahaku itu. Sepanjang rawatan, doktor mengesahkan kami berdua tiada masalah. Aku jalani ujian HSG, tiub falopio ku normal. Suamiku juga normal, paras hormon aku pon normal. Sehingga kami menemui jalan buntu. Kenapa aku masih tidak mengandung???
Pada awal tahun ni, tahun keempat kami berkahwin. Kami cuba untuk mendapatkan rawatan alternatif, orang tu kata aku lak ade saka. Aku tak tahu nak percaya atau tidak. Aku dah ajak suami pergi Darul Syifa', tapi dia macam tak nak g je. Tapi takpe aku kan pujuk lagi....
Pada tahun ni jugak, aku mendapatkan rawatan di UIA untuk menjalankan IUI. Tapi, banyak sangat halangan, so terpaksa jalani rawatan selepas raya. Bila masuk tahun ke empat kami masih tidak mendapat anak, aku rasa sungguh marah pada diriku. Aku jadi sakit hati, geram dan rasa sangat down setiap kali aku period. Begitu juga dengan suami.
Bila difikirkan, inilah cabaran yang Allah turunkan kepadaku yang aku tertanya-tanya 8 tahun yang lalu. Tuhan, betapa sukarnya aku rasa, rasa sedih setiap kali aku period dan setiap kali aku mengenangkan nasibku ini. Aku tak tahu nak buat apa dah. Aku berusaha, dan berapa ribu duitku habis untuk mendapatkan ank. Kenapa susah sangat untuk kami mendapatkan anugerah itu. Kenapa orang lain senang saja mendapatkan anak. Aku rasa aku tak pernah menyusahkan orang lain. Orang yang selalu menyusahkan hidup orang lain, mudah sangat nak dapat anak. Aku naik bengang. Kenapa orang susah mudah sangat dapat anak, aku lebih daripada mampu, kenapa aku susah sangat???? Kenapa, kenapa, kenapa?
Susah untuk menerima semua ni. Melihat seorang demi seorang ahli keluargaku mendapat anak. Tapi aku? Suami aku memang dah tensen sejak tahun pertama perkahwinan, dia taknak jumpa kawan-kawan, sebab dia tak ade anak. Bayangkan perasaan aku mase dia cakap macam tu.......
Ya Allah, aku dah tak sanggup melalui semua ini, tolong la Ya Allah.... Tolong lah... Kurniakanlah kami anak-anak... Penyambung warisan kami, penyeri hidup kami berdua, peneman kami ketika kami tua nanti... Ya Allah....